Khamis, 21 Januari 2010
Wanita berkerjaya garang??
Hari nie aku kene ambik gambar untuk bakal ofis aku lagi..Masa aku duk dalam dewan tue aku tengok ramai researcher pempuan...Tapi aku tak terkejut laa sebab isu nie da lame pon jadi n dah lama diperkatakan.
Cuma yang aku nak share kat sini aku ada kenal rapat ramai wanita berkerjaya yang garang. aku pon tak tau kenapa. Nak kata mereka nie memang semulajadi garang, susah jugak sebab ada antara mereka yang aku kenal dari kecik tak garang tapi bila jumpa semula mcm garang jekk...Hmmm...pelik sungguh!!
Mesti ramai yang pernah berdepan dengan bos perempuan yang garang dan cerewet. Lebih-lebih lagi kalau perempuan tue dah lanjut usia (atas 30-an) dan tak kawin lagi, betul tak?? Kenapa mcm tue eh??
Antara yang aku boleh fikir sebabnye ialah ketidak seimbangan hormon dalam badan la kot. Tapi tue cuma andaian sebab rasenya belum lagi aku terbaca research tentang perbezaan jenis dan kuantiti hormon dalam darah wanita berusia yang berkahwin dan belum berkahwin atau berkerjaya dengan surirumah. Emmmm..bleh buat projek master ni..haha
Ape pon kita kena la akui wanita sekarang banyak menyumbang pada pembangunan negara nie.Cuma mungkin fitrah wanita yang dijadikan lembut tue tak dapat tahan beban kerja yang melampau dan mungkin jugak mereka terpaksa jadi garang supaya orang bawahan mereka respect dan boleh dengar arahan mereka...sama la kita renungkan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
garang tu setuju, tapi ada gak bos lelaki yg garang mcm harimau sampai harimau pun kalah..tp klu kata bos wanita cerewet tu mmg tak boleh diterima langsung...bukan cerewet tapi bahasa yg lebih tepat adalah LEBIH MEMENTINGKAN KESEMPURNAAN tu yg wujud pandangan cerewet di kalangan lelaki ...
BalasPadamKita berhibur jap dengan pantun kelakar di bawah, yang dipetik dari buku ‘Alamak, Bosku Seperti Hitler!’ hahaha:
BalasPadamPagi-pagi, sudah mencemuh,
Si pemandu terus terdiam mengeluh,
Bos ini jenis yang kecoh,
Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.
“Ada pelanggan hendak jumpa”,
Itulah kata si setiausaha,
Bos enggan, mengantuk katanya,
Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.
Bos memanggil mesyuarat mengejut,
Ada pekerja berjalan bak siput,
Bos pun menengking sampailah semput,
Para pekerja terkentut-kentut.