Selasa, 26 Januari 2010

Ada Apa dengan Aduka..

Salam,
Baru-baru nie kita digemparkan oleh kemangkatan Sultan Johor (moga rohnya dicucuri rahmat). Tapi yang lebih gempar lagi bila ade makhluk2 yang seolah2 mencari populariti dengan peristiwa sedih itu. Nama seperti Aduka taruna mesti da jadi familiar dengan korang kat luar sana...

Aku mcm biasa malas nak ikut campur dengan berita yang dihebahkan pasal aduka taruna yang berani kutuk sultan nie sebab pada aku banyak lagi hal lebih besar yang perlu kita fikirkan. Tapi bila aku baca blog member yang aku follow dan cete2 dari kawan serumah, aku rase terpanggil la jugak nak tengok ape yang ade kat blog aduka taruna nie... So, aku pon search laaa...aku tak berkesempatan baca post yang mengutuk sultan sebab post tue da delete yang aku sempat tengok ialah permohonan maaf dia.. Kemudaian aku pegi la baca post2 dia yang lain sebab maybe aku leh kenal sikit2 aduka taruna nie mcm mane orangnya..

Antara yang aku baca adalah mengenai teori darwin.. Sebenarnye aku da bosan nak debat pasal teori darwin nie sebab da slalu sangat dengar mase blajar dulu.... aduka ni banyak pengetahuan dalam segala hal dan tak terperanjat la kalau setahun dia boleh buat beribu post.. Cuma bila menyentuh pasal agama aku ade kurang senang sket dengan aduka nie. Pada pendapat aku, aduka taruna nie orangnye suka membaca tapi tak suka berguru. Setahu aku ada ilmu kat dunia nie yang kita boleh belajar sendiri dan ikut logik akal dan ada juga ilmu yang perlukan huraian dari mereka2 yang lebih arif.

Contoh yang aku nak bagi ialah bila die buat kesimpulan bahawa teori darwin adalah benar berdasarkan ayat2 qur'an dari surah al baqarah ayat 64 dan 65 kalo tak silap aku..Dia nie sanggup kata ulama bodoh tak terima teori darwin dan kononnye darwin buat teori tersebut berdasarkan ayat alqur'an tersebut. Sedangkan ayat tue menyatakan mereka yang langgar perintah Allah telah dilaknat dan bertukar jadi kera adalah hukumannya di bumi. Kalau fikir logik akal pon peristiwa tue membabitkan manusia menjadi kera, bukan kera berubah jadi manusia..Tak kira lah siapa pon manusia tue, baik atau pon jahat. Dari nabi Adam A.S sampailah zaman kita sekarang nie manusia tetap manusia.

Aku kurang setuju kalau semua benda dalam islam nie nak dikaitkan dengan bukti saintifik. Ini bukan la sebab takut ape yang islam terangkan tue salah tapi sebagai student yang da belajar sains dari kecik sampai besar nie dan da grad pon dalam bidang sains, kita harus faham bahawa fakta atau teori dalam sains nie boleh berubah2 berdasarkan penyelidikan yang manusia buat dan tak semestinya betul..Teori dalam sains perlu disokong oleh bukti2 dan setiap bukti cuma dapat menyokong sesuatu teori tue. Sebab tue dia digelar teori, bukan hukum.

Selain dari tue dari ape yang aku baca, faham la aku bahawa aduka nie orang yang tak jaga adab berbahasa. Bak kata arwah ayah aku..Dia nie mungkin terpelajar tapi tak terdidik.
Kalau pun aduka ni berilmu dan nak share ape yang dia tahu. Kenapa tak digunakan bahasa yang elok dan sedap dibaca... perkataan seperti pukim**, mampos dan sebagainya nie tak perlu la digunakan..bukan ape, kita tulis dalam blog nie pembacanya meliputi seluruh lapisan masyarakat jadi pilih la bahasa yang elok...Bukan semua orang boleh terima bahasa yang kasar...

jangan sebab jari yang menaip badan kita yang binasa sedangkan ape yang kita cuba perjuangkan belum kesampaian...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan